

![]() Owner beloggg ![]() Weeewiitt ! |
Tuesday, 13 March 2012 | 15:42 | 2 candie blossom
![]() ![]()
Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana… Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang jiwanya tetap pada yang ESA, memimpinku ke arah matlamat yang nyata berlandaskan agama… Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan…. Itu janji Allah… Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu…. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’… Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak… Permintaanku tidak banyak, Cintai aku bila tiba saatnya…bawa aku ke SyurgaNya.. Kepada calon Suamiku, aku persiapkan diri ini sebaiknya-baiknya..bersedia menyambut kehadiran mu dalam kehidupanku..kini aku sedang belajar menjadi yang terbaik..meski bukan umat yang terbaik tapi setidaknya menjadi yang terbaik disismu kelak..insyallah Daripada calon Isterimu..... Weeeee ~~~ : ) |